fbpx

Jahidah mahu namakan bayi Jihardy Nasywan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fazariah menyiapkan kelengkapan bayi untuk dibawa ke HTJ ketika ditemui di Seremban hari ini.

SEREMBAN – Keluarga mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin yang selamat melahirkan bayi secara pembedahan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) malam tadi berhsrat menamakan bayi itu Jihardy Nasywan.

Adiknya, Fazariah Nordin, 38, berkata, Jihardy Nasywan yang membawa maksud ‘perjuanganku kegembiraan memperoleh kemenangan’ sangat bermakna dan berkaitan dengan episod hitam yang menimpa Jahidah, 43.

“Anak yang lahir ini sangat kuat dan nama Jihardy Nasywan ada perkaitan dengan kejadian yang belaku pada kakak Jahidah.

“Kakak dari usia kandungan enam minggu sudah terlantar, macam-macam jenis ubat dah masuk tapi keajaiban berlaku bayi ini kuat dan membesar dengan baik, ” katanya ketika ditemui di rumah Fauziah Nordin di Bandar Seri Sendayan di sini hari ini.

Sebelum ini, Fauziah, 40 menggalas tanggungjawab menjaga Jahidah sebelum kakaknya menjalani pembedahan melahirkan bayi pada pukul 9 malam tadi manakala Fazariah pula menetap di Melaka.

Jelas Fazariah, setakat ini hanya Fauziah telah melawat bayi di hospital pada pukul 9.30 pagi tadi, namun jantina belum dapat disahkan kerana pihak hospital perlu mendapatkan pengesahan waris.

“Berdasarkan ‘scan’ (imbasan) sebelum ini bayi itu adalah lelaki tetapi belum dapat disahkan kerana Fauziah hanya sempat memegang bayi selama lima minit kemudian kakitangan hospital kata tidak boleh pegang.

“Alhamdulillah bayi ini sihat dan dilahirkan dengan berat dua kilogram,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI