fbpx

300,000 veteran ATM bakal kuasai perniagaan digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikmal Hisham mengunjungi salah satu gerai usahawan veteran selepas melancarkan aplikasi MyVeteranMall di Hotel Royale Chulan hari ini.

KUALA LUMPUR- Lebih 300,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal mendapat manfaat untuk meningkatkan status sosio ekonomi masing-masing melalui aplikasi dalam talian, MyVeteran Mall yang baru dilancarkan hari ini.

Aplikasi yang bertujuan mewujudkan lebih banyak kemudahan dan peluang keusahawanan secara digital kepada komuniti veteran itu adalah projek yang dibangunkan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) dengan kerjasama MIDC Technology Sdn. Bhd. kepada komuniti veteran ATM.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, MyVeteranMall berperanan untuk menubuhkan satu e-komuniti dalam kalangan veteran ATM, bagi memudahkan pembangunan perniagaan serta pelbagai aktiviti dalam talian.

Ikmal

 

“Platform digital membenarkan golongan veteran terus berhubung antara satu sama lain dan juga dengan komuniti luar bagi membolehkan mereka mampu membina perniagaan yang berdaya saing dan kekal berguna kepada masyarakat,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran MyVeteranMall di sebuah hotel di sini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Edaran Berhad, Fazlan Azri Tajudin.

Ikmal Hisham menjelaskan, melalui aplikasi tersebut, veteran ATM bakal memiliki satu ruang perniagaan sehenti secara maya untuk membuat transaksi dan mempromosikan produk serta perkhidmatan.

“Kemudahan di dalam aplikasi e-Info, e-Dagang, e-Servis, e-Bayaran PAYJE,e-Khidmat dan Tabung Pahlawan ini diharap dapat merapatkan jurang digital di kalangan komuniti veteran ATM dan keluarga mereka.

“Sehingga kini, seramai 505 usahawan veteran telah berdaftar dengan MyVeteranMall dan 605 produk telah dipasarkan di seluruh negara,” ujarnya.

Ikmal Hisham mengunjungi salah satu gerai usahawan veteran selepas melancarkan aplikasi MyVeteranMall di Hotel Royale Chulan hari ini.

Tambah beliau, platform digital komuniti itu merupakan salah satu sokongan pihak Kementerian Pertahanan untuk mencapai 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di bawah strategi ‘Memperkasakan Veteran ATM’

Sementara itu, mengulas mengenai pelancaran MyVeteranMall, seorang pesara, Samsul Abdul. Aziz, 44, berkata, aplikasi itu sangat berguna untuk usahawan veteran memasarkan produk kepada masyarakat luar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI