fbpx

MBSB catat kerugian RM104.58 juta suku ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBSB. Gambar hiasan

PETALING JAYA – Malaysia Building Society Berhad (MBSB) mencatat kerugian selepas cukai bagi suku ketiga tahun (3Q21) kewangan berakhir 30 September 2021 sebanyak RM104.58 juta daripada keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM403.41 juta pada suku kedua tahun 2021 (2Q21).

Tambahan kerugian ­pengubahsuaian sebanyak RM146.97 juta telah direkodkan pada 3Q21 berbanding RM13.2 juta pada 2Q21 kerana subsidari utama, MBSB Bank Berhad berterusan memberikan moratorium dan lain-lain bantuan pembayaran semula kepada pelanggan yang terjejas di bawah pakej Pemulih.

Bagaimanapun, keuntu­ngan­ bersih Kumpulan bagi tempoh sembilan bulan me­ningkat kepada RM362.25 juta berban­ding RM172.48 juta tempoh yang sama tahun sebe­lumnya kerana kesan kerugian ­pengubahsuaian yang lebih rendah berbanding tahun 2020.

Kumpulan merekodkan pendapatan sebanyak RM681.05 juta bagi 3Q21, naik 2.42 peratus berbanding RM664.94 juta dalam tempoh 2Q21.

Mengulas mengenai keputusan kewangan tersebut, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Datuk Nor Azam M Taib berkata, pandemik telah memberi ke­san ketara kepada semua industri dan menyebabkan ramai tidak dapat bekerja di dalam kapasiti yang optimum.

“Sehubungan itu, kami telah memberi moratorium secara berterusan kepada pelanggan untuk membantu mengurangkan tekanan kewangan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI