fbpx
RANGNICK akhirnya disahkan sebagai pengurus sementara buat Manchester United sehingga penghujung musim sebelum dilantik sebagai penasihat kelab dengan kontrak selama dua tahun.

Rangnick rasmi kemudi Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Manchester United secara rasmi melantik jurulatih berpengalaman dari Jerman, Ralf Rangnick sebagai pengurus sementara buat skuad The Red Devils sehingga penghujung musim ini.

Berdasarkan perjanjian antara kedua belah pihak, bekas jurulatih RB Leipzig itu akan mengemudi United sehingga tamat kempen 2021/22 sebelum dilantik sebagai penasihat pasukan bagi dua tahun berikutnya.

Pengarah Bola Sepak United, John Murtough menyatakan kegembiraannya untuk bekerjasama dengan Rangnick yang dianggap sebagai salah seorang jurulatih disegani dalam arena bola sepak Eropah.

“Ralf (Rangnick) adalah salah seorang jurulatih yang sangat disegani serta memiliki inovasi tersendiri dalam bola sepak. Beliau adalah calon utama kami berdasarkan kepimpinan serta kemahiran teknikal yang dimiliki.

“Semua orang di kelab ini sudah tidak sabar untuk bekerja dengan beliau sehingga penghujung musim. Kemudian, beliau akan memainkan peranan sebagai penasihat pasukan bagi tempoh dua tahun,” katanya.

Rangnick dilihat sebagai calon paling sesuai bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ole Gunnar Solskjaer selepas jurulatih dari Norway itu dipecat minggu lalu selepas dibelasah Watford 4-1.

Buat masa ini, Michael Carrick akan menggalas tugas sebagai pengurus sementara bagi memberi ruang kepada Rangnick untuk menyelesaikan proses dokumentasi sebelum datang ke Old Trafford. – K! ONLINE

POPULAR