fbpx

‘Tong-tong beli followers, kau separuh, aku separuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA aktor besar tanah air, Amerul dan Zahiril Adzim, merupakan antara pelakon yang memiliki kurang sejuta pengikut Instagram.

PETALING JAYA – “Oleh itu, marilah ‘tong-tong’ (kongsi) beli followers, mungkin di Shopee ada jual. Kau separuh, aku separuh.”

Demikian luahan kata berbaur sinikal pelakon Zahiril Adzim atau nama lengkapnya, Muhammad Zahiril Adzim, 37, tentang isu yang sentiasa berbolak-balik iaitu penerbit atau stesen televisyen (TV) tempatan yang terlalu obses dengan jumlah pengikut media sosial sebagai pelaris drama.

Komen tersebut ditinggalkan Zahiril dalam satu lagi luahan rasa kecewa yang pada asalnya ditulis pelakon, Amerul Affendi menerusi Instagram.

Amerul yang pernah menggondol trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia 2015 tampil mempersoalkan sikap kebanyakan penerbit drama tempatan yang terlalu memandang tinggi pelakon utama sesebuah naskhah dengan kekuatan jumlah pengikut media sosial.

“Selagi ada produser yang ikut sahaja kehendak stesen TV, selagi itulah kau kena cari hero atau heroin dengan sejuta pengikut.

“Bukan salah stesen TV sahaja. Salahkan kipas,” getusnya dalam satu muat naik status Instagram.

Tambah Amerul atau nama sebenarnya, Amerul Affendi Mohd. Mawardi, dia sangat menghargai tindakan seorang rakan dalam industri yang membuat pendedahan berkenaan isu terbabit.

“Terbaca status seorang kawan dalam industri yang selalu buat (kerja) production manager.

“Terima kasih kerana turut bersuara. Tiba-tiba teringat dialog Adi dalam filem One Two Jaga, ‘kalau bukan kita ada je orang lain yang buat’.

“Tapi dalam dunia realiti, ramai akan guna alasan ini iaitu nak ‘survive’ (demi hidup),” kata Amerul, 35.

Terdahulu, pengarah dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim mendedahkan dirinya ‘digugurkan’ daripada satu projek drama kerana tampil bersuara berkenaan amalan penerbit atau stesen TV tempatan yang mengutamakan penglibatan individu popular dalam media sosial namun kurang berkualiti dari segi lakonan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI