fbpx

TMJ, tiga legenda Manchester United bincang bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal menjadi penceramah undangan dalam perbincangan meja bulat digital bersama legenda bola sepak Ryan Giggs, Gary Neville dan Nicky Butt, Khamis ini.

Perkara itu dikongsikan dalam laman Facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers, hari ini.

Tunku Ismail bersama tiga bekas pemain kelab Manchester United itu akan berkongsi pengalaman masing-masing mengenai latihan dan teknologi berkaitan bola sepak di Asia.

Menerusi kenyataan tersebut, perbincangan meja bulat bertajuk ‘World Class Training with Man United Legends’ itu akan diadakan secara maya pada pukul 5.30 petang, 2 Disember ini.

“Tunku Ismail dijemput untuk berkongsi mengenai kelab JDT termasuk fasiliti kelas dunia kelab berkenaan dan Akademi JDT.

“Sesi ini juga bertujuan untuk menunjukkan kepada pemain, jurulatih, pelatih dan ibu bapa tentang apa yang diperlukan untuk berada pada peringkat elit,” menurut kenyataan itu.

Program berkenaan akan ditayangkan secara langsung menerusi laman Facebook ZujuGP yang merupakan sebuah laman penstriman dalam talian menghubungkan individu dalam bola sepak kepada peminat seluruh dunia ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI