fbpx

Lelaki tegar curi kabel walaupun dirakam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan tindakan seorang lelaki dipercayai sedang mencuri kabel telefon milik Telekom Malaysia (TM) di Manjoi, Perak.

IPOH – Dua rakaman video seorang lelaki dipercayai mencuri kabel telefon milik Telekom Malaysia (TM) di Manjoi di sini tular di laman media sosial hari ini.

Video berdurasi lebih satu minit yang dikongsi pengguna bernama Zahir Isma’i turut mendapat pelbagai reaksi netizen.

Berdasarkan video itu, individu yang merakam aksi lelaki tersebut menegur tindakannya menurunkan kabel telefon menggunakan galah.

Namun lelaki berkenaan tidak mengendahkan teguran sebaliknya terus cuba menurunkan kabel tersebut dan membalas dengan berkata dia tidak menganggu individu yang menegurnya.

“Aku tidak kacau hang pun, pergi. Aku pergi ambil tempat lain pun dia tidak kacau dan sudah 10 aku ambil,” katanya.

Bagaimanapun, video itu kemudian telah dipadam dari akaun TikTok tersebut dan pemiliknya kemudian memuat naik video kedua dengan memaklumkan video pertama dipadam pihak TikTok.

Video kedua yang dimuat naik pula menunjukkan lelaki berkenaan turut mencuri kabel telefon sehari sebelum kejadian video pertama dirakam.

Rata-rata warga maya menyuruh pengguna akaun tersebut membuat laporan polis dengan segera.

Sehingga kini video kedua yang dimuat naik sekitar pukul 8 malam tadi telah ditonton lebih 50,000 pengguna dengan lebih 300 komen.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI