fbpx

5,450 ekor ayam hidup dirampas bulan lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Rudzuan (kanan) menunjukkan ayam hidup seludup yang dirampas PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor di Tumpat baru-baru ini.

TUMPAT – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor berjaya merampas seba­nyak 5,450 ekor ayam hidup dari negara jiran dalam operasi yang dijalankan sepanjang bulan lalu.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Asisten Superintendan Mohd. Rudzuan Ahmad berkata, rampasan itu dilakukan dalam tiga operasi berasingan di sekitar Tumpat yang membabitkan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM154,152.

Menurutnya, dalam operasi bersama Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) itu, pihaknya turut menahan lima lelaki berusia dalam lingkungan 30 hingga 40-an bagi membantu siasatan berkait de­ngan rampasan tersebut.

“Siasatan mendapati, harga ayam di pasaran yang dijual sehingga RM9.50 sekilogram menjadi salah satu faktor penyumbang kepada aktiviti penyeludupan ayam hidup dari negara jiran ke negeri ini.

“Kebanyakkan ayam-ayam hidup itu dibawa masuk melalui pangkalan-pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok,” katanya kepada Kosmo! Ahad.

Mohd. Rudzuan memberitahu, pihaknya akan terus memperketatkan kawalan terutama pada musim tengkujuh kali ini.

Katanya, PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat de­ngan aktiviti jenayah rentas sempadan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI