fbpx

Suami Puteri Aishah macam Putera Mateen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN pengantin baharu, Puteri Aishah dan Firdaus yang macam pinang dibelah dua.

NAMPAKNYA tempias populariti yang dimiliki pelakon cantik Puteri Aishah sudah terkena kepada suaminya iaitu Muhammad Firdaus Sulaiman.

Semuanya gara-gara wajah kacak Firdaus sehingga ada yang menyamakan dirinya dengan Putera Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda Abdul Mateen terutama jika dilihat dari bahagian sisi.

Selain disamakan seperti Putera Mateen, wajah Firdaus juga dikatakan mempunyai iras pelakon lelaki popular Thailand.

“Kacaknya suami Puteri Aishah, iras Putera Mateen,” komen seorang netizen.

“Wajah Firdaus nampak seperti hero Thailand, ada kacukan ke?” puji seorang lagi pengguna Instagram.

Untuk rekod, Puteri Aishah dan Firdaus selamat bergelar suami isteri pada Ahad lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI