fbpx

Padah buat aksi wheelie, dua remaja ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua remaja ditangkap kerana melakukan aksi wheelie di Persiaran Senawang, awal pagi tadi. - IHSAN POLIS

SEREMBAN – Dua remaja yang menunggang motosikal secara berbahaya ditahan polis di Persiaran Senawang dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Shafiei Muhammad berkata, mereka ditangkap pukul 1 pagi selepas dikesan menunggang motosikal secara wheelie.

Katanya, kedua-duanya berumur 18 dan 19 tahun masing-masing berasal dari Pahang dan Kedah.

“Kedua-duanya baharu sahaja menetap di sini untuk berniaga kuih muih dan keropok lekor.

“Mereka kini ditahan di lokap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk siasatan lanjut dan akan didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Shafiei berkata, jika sabit kesalahan, kedua-dua remaja berkenaan bakal berdepan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI