fbpx
TMJ tidak menyalahkan Safiq Rahim dalam insiden dilayangkan kad merah selepas mengasari pemain TFC, Faisal Halim pada aksi malam tadi.

Kad merah: TMJ tak salahkan Safiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah memaafkan kesilapan yang dilakukan anak buahnya, Safiq Rahim yang dilayangkan kad merah ketika beraksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dekat sini malam semalam.

Tunku Ismail bertitah semua manusia melakukan kesilapan dan kita semua tidak sempurna.

Jelas baginda, Safiq sudah menyatakan kekesalan atas tindakannya dan dia susah memohon maaf kepada semua pemain, jurulatih, staf dan dianggap sudah selesai.

“Setiap orang atau individu membuat silap. Kita manusia, we’re not perfect (kita tidak sempurna).

“Safiq kesal dengan tindakan dia dan dia minta maaf kepada semua players (pemain), coaches (jurulatih), staff (staf) dan that’s it (itu sahaja).

“Its over and we move on,”tulis baginda menerusi ciapan di laman Twitter miliknya hari ini.

Dalam saingan malam tadi, Safiq dikenakan kad merah selepas didapati mengasari dengan menghantukkan kepala pemain Terengganu FC (TFC), Faisal Halim.

JDT menang besar dengan agregat 4-1 selepas menewaskan skuad Sang Penyu 3-0 pada aksi separuh akhir kedua malam tadi.

Harimau Selatan akan bertemu dengan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) di pentas akhir Piala Malaysia bagi merebut piala berprestij bagi edisi ke-100 tahun penganjurannya.-K! ONLINE.

POPULAR