fbpx
WENGER dianggap sebagai pengurus paling dominan Arsenal dan khidmatnya diperlukan Arteta untuk membantu memantapkan lagi pasukan itu. – AFP

Arteta mahu Wenger kembali ke Emirates

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mendedahkan beliau mahu bekas ‘bosnya’ Arsene Wenger kembali ke Emirates dan mengakui perbincangan mengenai perkara itu sudahpun dimulakan.

Walaupun kini menjalankan tugas bersama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Wenger yang meninggalkan Arsenal pada Mei 2018 masih kekal mengikuti perkembangan pasukan itu secara rapat.

“Sudah ada perbincangan. Saya sudah pun bercakap de­ngannya dan peluang itu menjadi sesuatu yang menyenangkan dan berharap dapat membawanya semula ke sini.

“Saya fikir dia (Wenger) akan memperoleh persekitaran yang menyeronokkan atas dasar rasa hormat dan kasih sayang semua orang dengan apa yang sudah dilakukannya,” kata Arteta yang bakal mengetuai Arsenal untuk aksi menentang Newcastle Uni­ted malam ini.

Ketika mengendalikan Arsenal, Wenger memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris, tujuh Piala FA dan pada 2014, pengurus itu turut memilih Arteta sebagai kapten pasukan.

Sebelum ini, Wenger meng­akui tidak menolak kemungkinan untuk kembali menggalas tugas dalam pengurusan pasukan terutama melibatkan pasukan kebangsaan.

“Saya sudah cukup gila untuk membuat keputusan gila. Sekarang saya terbabit dalam projek bersama FIFA tetapi untuk pasukan kebangsaan siapa tahu,” katanya. – AGENSI

POPULAR

BERITA BERKAITAN