fbpx
Tangkap layar perkongsian oleh @Alena Murang berasa kecewa dengan tindakan segelintir syarikat penerbangan yang mengambil kesempatan menaikkan harga tiket pada bulan Disember.

Tiket balik Sarawak macam pergi London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Harga tiket ke negeri Sarawak pada bulan Disember dilaporkan mahal sehingga ada segelintir pengguna laman media sosial menyamakannya dengan kos penerbangan untuk ke London.

Kekecewaan terhadap harga tiket mahal itu dikongsikan penyanyi dan penari kebudayaan Alena Murang yang berasa kecewa dengan tindakan segelintir syarikat penerbangan mengambil kesempatan menaikkan harga tiket untuk ke negeri kelahirannya Sarawak.

Melalui satu perkongsian di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini, beliau terkejut apabila melihat tarikh tiket penerbangan yang hampir mencecah ribuan ringgit.

“Cuba mencari harga tiket untuk pulang ke Kuching (Sarawak) dan Kuala Lumpur untuk Krismas dan saya terkejut dengan harganya, jika dikra termasuk ‘add ons’ (bayaran tambahan) dan sebagainya, harganya seperti terbang ke London!,” katanya dalam posting tersebut.

Tambahnya lagi, dia berasa kasihan kepada orang Sarawak yang tidak dapat pulang ke kampung halaman kerana ‘lockdown’ dan sekarang apabila dibenarkan untuk merentas negeri tiket pula mahal.

“Jika kamu semua tahu betapa sedihnya orang Sarawak yang tak dapat balik ke kampung halaman tahun lepas kerana ‘lockdown’ dan tahun ini tolonglah berhati perut sikit. Umum pun sedia maklum yang Sarawak antara negeri yang paling ramai meraikan Krismas.

“Saya mewakili penduduk Sarawak yang menetap di luar yang menanggung rindu untuk melihat ahli keluarga di kampung halaman, tolonglah turunkan harga tiket atau sekurang-kurangnya berikan kami penjelasan yang logik,” luahnya.

Menerusi tinjuan Kosmo! di ruangan komen pelakon dan penyanyi terkenal, Marsha Milan Londoh turut mengakui tentang harga tiket penerbangan ke Sarawak tidak masuk akal dan rata-rata orang ramai juga tidak berpuas hati.

“Saya telah menyimpan duit selama tiga bulan untuk membeli satu tiket sehala ke Kuching, adakah ini harga untuk melihat keluarga saya yang sejak dua tahun lepas tidak berjumpa akibat Covid-19,” kata @farhanimbujang.

“Ini akan menjadi tahun ketiga saya tidak menyambut Krismas dengan keluarga, pada 2019 saya terpaksa meminta cuti seminggu sebelum Krismas tetapi IPT lambat luluskan dan harga tiket sudah mahal ketika itu,” ujar @serenalade.

“Terima kasih kerana membangkitkan tentang isu ini, harga yang ditawarkan tidak masuk akal, kita terpaksa bayar satu kepala sehingga satu ribu hanya untuk melihat keluarga yang dah hampir dua tahun tidak berjumpa,” jelas @eileenphoan. – K! ONLINE.

POPULAR