fbpx

Setahun berkahwin, Cat Farish bersanding tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAT Farish berkahwin dengan Suriani pada 20 November tahun lalu.

PETALING JAYA – Selepas setahun mendirikan rumah tangga bersama isteri, Suriani Hassan, 35, penyanyi Cat Farish merancang untuk melangsungkan majlis persandingan mereka sekitar tahun depan.

Menurut Cat Farish atau nama sebenarnya, Farrish Zaquan, 47, dia dan isteri sepatutnya bersanding pada 20 November lalu sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka.

Namun, disebabkan pandemik, rancangan berkenaan terpaksa ditunda sehingga ke tahun depan.

“Insya-Allah, majlis persandingan kami akan diadakan pada tahun depan. Mengikut perancangan, sepatutnya majlis tersebut dilangsungkan pada 20 November lepas sempena ulang tahun perkahwinan kami yang pertama.

“Buat masa sekarang, saya rasa keadaan belum lagi selamat untuk mengadakan majlis persandingan kerana pandemik, jadi kita tunggu tahun depan,” ujar Cat Farish yang ditemui pada majlis pelancaran single Kan Kan penyanyi, Zarol Zarif semalam.

Sungguhpun sudah agak lama berkahwin, Cat Farish tetap mahu mengadakan sebuah majlis persandingan sebagai kenangan buat isteri tercintanya.

“Saya akan buat jugalah majlis persandingan kerana ini perkahwinan pertama isteri. Saya mahu dia merasai pengalaman bersanding.

“Ikutkan saya tidak kisah kerana saya telah pun merasai pengalaman bersanding menerusi perkahwinan sebelum ini,” tutut Cat Farish.

Terdahulu, Cat Farish yang juga anggota kumpulan Ruffedge melangsungkan perkahwinan buat kali kedua bersama Suriani di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Senawang, Negeri Sembilan pada 20 November tahun lalu.

Sebelum ini, Cat Farish pernah mendirikan rumah tangga bersama Hartiny Ramly, namun mereka berpisah pada April 2016.

Hasil perkahwinan pertamanya, Cat Farish dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 12, dan Qul Iskandar, 11. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI