fbpx

Ibu Ani dalang seludup PATI kena dakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu Ani didakwa di Mahkamah Seksyen Khas ATIP Klang, hari ini

KLANG – Seorang wanita warga Indonesia dikenali Ibu Ani yang merupakan dalang penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Antipemerdagangan Orang (ATIP) di sini, hari ini.

Tertuduh, Ramiani,56, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad.Tiada pengakuan turut direkodkan daripada tertuduh tersebut.

Mengikut pertuduhan, Ibu Ani didakwa menjalankan penyeludupan migran terhadap enam warga Indonesia termasuk seorang wanita berusia 21 hingga 60 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah flat di Taman Kuchai Jaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pukul 6.10 pagi pada 5 November lalu.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Hairun Najmi Mashadi memohon memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 177A Kanun Tatacara Jenayah.

Sementara, Ibu Ani tidak diwakili peguam dalam prosiding tersebut.

Mahkamah menetapkan 10 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula bagi mendengar permohonan pihak pendakwaan.

Kosmo! pada 9 November lalu melaporkan kelicikan seorang wanita warga Indonesia dikenali Ibu Ani yang mengaut keuntungan lumayan dengan menjadi dalang sindiket penyeludupan PATI akhirnya terbongkar selepas dia diberkas dalam satu operasi khas di sebuah rumah di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur pada 5 November lalu.

Suspek berusia 56 tahun itu dipercayai mempromosikan kegiatannya kepada rakan senegara untuk memasuki atau keluar dari Malaysia menerusi aplikasi WhatsApp dengan setiap PATI dikenakan bayaran RM2,000 seorang. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI