fbpx
GARCIA

Garcia kunci mulut dikait ke Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Bekas juru­latih AS Roma dan Olympique Lyon, Rudi Garcia menolak laporan mengaitkan dirinya dengan tugas sebagai peng­ganti Ole Gunnar Solskjaer di Manchester United biarpun terdapat laporan mengenai dirinya menghadiri sesi temu duga di kelab itu.

United dilaporkan terpaksa mendapatkan seorang pe­ngurus interim terlebih dahulu apabila hasrat mereka untuk mendapatkan Mauricio Pochettino ditolak oleh Paris Saint-Germain menyebabkan mereka perlu menunggu sekurang-kurangnya sehingga hujung musim ini.

Beberapa nama lain turut dikaitkan dengan jawatan itu antaranya, Ralf Ragnick, Lucien Favre, Ernesto Valverde dan Paulo Fonseca tetapi Garcia dilihat sebagai calon yang berada di kedudukan teratas untuk mendapatkan jawatan sementara itu.

Garcia, 57, kini bebas daripada sebarang kontrak selepas membuat keputusan meninggalkan Lyon pada penghujung musim lalu.

Bagaimanapun, Garcia mengambil sikap untuk mendiamkan diri tanpa mengiya atau menidakkan khabar angin berkenaan ketika beliau berada di Manchester awal pagi semalam untuk menjadi pengulas jemputan aksi Manchester City menentang Paris Saint-Germain dalam aksi Liga Juara-Juara.

“Saya sudah berada di Manchester,” katanya dengan nada bergurau.

“Saya berada di sini untuk memberikan ulasan mengenai perlawanan yang sangat baik antara Manchester City dan PSG.

“Manchester United adalah sebuah kelab yang besar di dunia. Saya tidak mahu mengatakan sama ada ia benar atau tidak,” jelasnya. – AGENSI

POPULAR