fbpx

Lisa Blackpink positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LISA BLACKPINK

PENYANYI Lisa daripada kumpulan terkenal Korea Selatan, Blackpink disahkan positif virus Covid-19 semalam oleh agensi pengurusannya, YG Entertainment.

Sementara itu, tiga lagi ahli Blackpink iaitu Jisoo, Jennie dan Rose sedang menunggu keputusan ujian calitan dan tidak disenaraikan sebagai kontak rapat.

“Lisa telah disahkan positif Covid-19 petang ini (semalam). Tiga lagi ahli Blackpink tidak diklasifikasikan sebagai kontak rapat lagi, namun mereka segera melakukan ujian calitan PCR selepas mendengar Lisa positif virus Covid-19.

“Mereka sekarang sedang menunggu keputusan ujian calitan masing-masing,” kata kenyataan rasmi daripada YG Entertainment.

Menurut agensinya lagi, pihak mereka mengambil langkah segera dengan memaklumkan perkara tersebut kepada kakitangan agensi dan pihak yang pernah berurusan dengan Lisa.

“Kami berkongsi informasi ini dengan kadar segera bersama kakitangan dan pihak berkaitan. Kami mengambil langkah pencegahan yang proaktif lebih daripada panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa kesihatan.

“Oleh itu, kami akan terus memberikan sokongan penuh terhadap mereka yang terlibat dan kesihatan artis serta kakitangan syarikat menjadi keutamaan kami.

“Pihak kami akan segera memaklumkan andai terdapat sebarang perubahan maklumat pada masa depan,” ujar agensinya lagi.

Lisa atau nama sebenarnya, Lalisa Manoban dijangkiti virus berkenaan hanya beberapa bulan selepas artis kelahiran Thailand itu melancarkan single solonya, Lalisa.

Video muzik lagu Lalisa meraih 73.6 juta tontonan dalam tempoh 24 jam tayangan, memecahkan rekod untuk artis solo yang dibuat oleh oleh penyanyi Amerika Syarikat, Taylor Swift dengan 65.2 juta tontonan menerusi video muzik berjudul Me! pada 2019. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI