fbpx

Polis siasat 68 laporan palsu hilang MyKad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eng Lai.

KUALA LUMPUR – Polis membuka 68 kertas siasatan berhubung laporan palsu kehilangan MyKad yang dibuat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab sejak Januari tahun ini hingga Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kebanyakan individu tersebut membuat laporan palsu dengan mendakwa telah diragut atau disamun.

“Siasatan lanjut mendapati, kebanyakan kejadian yang dilaporkan adalah rekaan semata-mata dan kehilangan MyKad berlaku adalah atas kecuaian sendiri.

“Tujuan laporan polis itu dibuat adalah untuk mengelakkan individu terbabit daripada didenda oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini hari ini.

Jelas beliau, sebanyak 68 kertas siasatan telah dibuka dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 59 telah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

“Individu tidak bertanggungjawab yang membuat laporan palsu akan membazirkan masa, tenaga pegawai penyiasat dan wang kerajaan semata-mata hendak menyiasat kes yang tidak wujud.

“Oang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang dan bersama-sama menjaga keamanan serta ketenteraman. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggari undang-undang di dalam negara ini,” tegasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI