fbpx

Affin Bank perkenal A1addin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Affin Bank Berhad (Affin Bank) memper­kenalkan A1addin, sebuah inisiatif Bank Digital yang bakal membawa dimensi pengalaman perbankan yang baharu.

Perkhidmatan tersebut direka untuk memberikan pelanggan pelbagai manfaat perbankan termasuk tanpa caj yuran tahunan bagi perkhidmatan, pilihan antara perbankan konvensional atau Islam dan kadar e-FD (e-Deposit Tetap) menarik.

A1addin adalah sebuah bank digital yang beroperasi ber­asingan daripada sistem perbankan Affin sedia ada dan dijangka berupaya menarik minat generasi celik digital yang mahu keperluan perbankan mereka dipenuhi pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa perlu ke cawangan.

Melalui platform e-KYC (Know Your Customer) A1addin, proses pembukaan dan kelulusan akaun bank pelanggan akan dilakukan sepenuhnya dalam talian.

Pelanggan A1addin juga akan dapat menggunakan perkhidmatan pemindahan dana melalui QR Pay dan DuitNow.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata, pandemik telah mencepatkan permintaan untuk tawaran produk digital, berdasarkan peningkatan ketara transaksi dalam talian.

“Melalui inisiatif perbankan digital baharu kami, Affin Bank kini bersedia untuk arena Internet of Things dan ingin menawarkan pelanggan sebuah platform perbankan masa hadapan de­ngan pelbagai ciri interaktif untuk membantu pengurusan kewa­ngan mereka.

“Pelanggan boleh membuka dan mengakses akaun bank tanpa perlu ke cawangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara kemudahan disediakan A1addin ialah letakan eFD/eTD-i dalam talian pada kadar 2.4 peratus selama 12 bulan, dengan simpanan minimum RM350 bagi setiap transaksi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI