fbpx
Gambar hiasan

Lama Caprice diam, tiba-tiba bernikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENYANYI rap kelahiran Negeri Sembilan, Caprice cukup cekap. Sudah lama rupanya dia merancang ketika ramai lalai dan hanyut dalam kerancakan duniawi.

Selepas puas bikin panas dengan kontroversi melibatkan seorang penceramah terkenal sebelum ini, tiba-tiba dia muncul tetapi bukan dengan isu baharu, sebaliknya bernikah dengan janda lawa anak satu.

Segala caci maki yang diterima daripada netizen sebelum ini bertukar kepada usikan nakal.

Orang ramai seolah-olah lupa di atas isu panas yang pernah dia timbulkan sebelum ini.

Penyanyi lagu Lenglui itu mencipta kontroversi apabila mendakwa menerima ugutan bunuh sebaik tiba di Malaysia dari Gaza, Palestin gara-gara ‘mengusik’ seorang penceramah terkenal.

Kita masih ingat bagaimana Caprice mencipta metafora dengan memuat naik gambar seolah-olah syaitan dan jam pasir di laman Instagram miliknya bagi menjawab soalan peminat mengenai isu itu.

Ternyata, Caprice cukup berani bermain api kerana orang yang diusiknya itu bukan calang-calang kerana dia sosok kesayangan ramai.

Bertambah berani apabila Caprice dibantu oleh individu lain.

Namun, isu yang dahulunya panas sekarang sudah menjadi sejuk dan orang-orang yang terkait dengan kejadian tersebut sudahpun bebas ke sana sini untuk bercuti mahupun atas urusan peribadi.

Apa yang lucu ialah Caprice yang dahulunya pernah mengutuk orang Kelantan kini terkena ‘badi’ apabila akhirnya dia memilih wanita berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu sebagai isterinya.

Begitulah kehidupan ini yang penuh dengan turun naiknya. Sekejap dicemuh dan ada ketika dia dipuji.

Bernikah mengikut saluran yang betul sudah pasti selamat kerana zuriat yang dilahirkan tidak berdepan dengan masalah di kemudian hari.

Apa yang menjadi masalah ialah apabila ada yang lebih gemar memilih untuk bernikah menggunakan khidmat sindiket yang tidak diketahui kesahihannya.

Lebih malang apabila sindiket tersebut langsung tidak mahu bertanggungjawab sekiranya pasangan tersebut berdepan masalah untuk mendaftarkan perkahwinan dan anak yang dilahirkan kelak.

Pernah beberapa kali kegiatan sindiket nikah di sempadan ini didedahkan akhbar.

Terbaharu Kosmo! baru-baru ini me­laporkan penyelewengan yang dilakukan oleh sindiket nikah Lebai Loh yang beroperasi di Kampung Chuchoh Puteri, Kuala Krai, Kelantan.

Bekas imam yang menjadi dalang sindiket langsung tidak mempedulikan mengenai dosa pahala apabila hanya memikirkan keuntungan dengan mengenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM3,000 kepada setiap pasangan.

Sehingga kini, pihak berkuasa masih belum dapat memastikan berapa ramai yang menjadi suami isteri hasil daripada kegiatan Lebai Loh ini.

Masih panjang ceritanya kerana anak yang terhasil pasti berdepan masalah pada masa depan. -K! ONLINE

POPULAR

BERITA BERKAITAN