fbpx

Aspek balkoni kediaman tinggi bukan bidang kuasa bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Hamdan pada sidang akbar di Seberang Jaya hari ini.

SEBERANG PERAI – Aspek pembinaan di bangunan tinggi bukan di bawah bidang kuasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), sebaliknya terdapat agensi-agensi lain berkaitan yang mempunyai undang-undang khusus.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, bidang kuasa pihaknya lebih tertumpu kepada aspek keselamatan kebakaran bangunan.

Selain itu katanya, ia membabitkan jalan keluar dan pengurusan pemungsian bangunan yang sekiranya berlaku kebakaran pihaknya akan memastikan peralatan kelengkapan di dalam bangunan berfungsi dengan baik.

“Dari segi pembinaan, kita bersama agensi lain mendapat rujukan pelan bangunan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kajian bomba lebih kepada keselamatan kebakaran dan pelepasan diri yang selamat.

“Dari segi pagar balkoni, ia bukan bidang kebombaan dan kita percaya ada agensi atau jabatan lain yang melihat perkara ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 di Seberang Jaya di sini.

Mohammad Hamdan berkata demikian bagi mengulas insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terkorban selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Batu Caves, Selangor pada Rabu lalu.

Dalam pada itu, Mohammad Hamdan berkata, orang ramai boleh membuat laporan kepada agensi berkaitan serta pihak bomba sekiranya curiga terdapat struktur yang boleh memudaratkan keselamatan membabitkan bangunan kediaman tinggi.

“Sekiranya ada aduan sedemikian, pihak bomba akan turun ke lokasi bagi membuat pemeriksaan

“Kita sedia maklum ramai ibu bapa yang mempunyai anak kecil tinggal di kediaman tinggi, jadi mereka perlu mendidik anak-anak berkaitan kawasan risiko yang dikenal pasti yang sebagai contoh tingkap, pagar, lubuk kawasan penyelenggaraan lif antara kawasan berisiko yang perlu dikenal pasti ibu bapa,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI