fbpx

Solskjaer kekalkan jawatan Maguire

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGUIRE

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui bahawa beliau tidak pernah terlintas untuk melucutkan jawatan Harry Maguire sebagai ketua pasukannya biarpun berdepan krisis prestasi ketika ini.

Biarpun prestasinya bersama United dipersoal, Maguire berjaya meledak dua gol pada aksi antarabangsa bersama England sebelum ini ketika menentang Albania dan San Marino dalam kelayakan Piala Dunia 2022.

“Harry bukanlah pemain yang suka berselindung di sebalik meja rawatan atau sentiasa mencari jalan untuk tidak turun beraksi. Dua gol bersama England pastinya akan membantu untuk dia kembali mening­katkan prestasi dan keyakinan.

“Dia perlu membuktikan bahawa setiap kritikan yang dilemparkan kepadanya adalah salah. Para pengkritik melakukan tugasnya, tetapi ia tidak membuatkan kami rasa terlalu resah.

“Saya tidak pernah mempertimbangkan untuk menarik jawatan kapten daripadanya. Dia adalah individu yang sesuai untuk tugas itu di padang dan di luar padang,” kata Solskjaer.

Dalam pada itu, Solskjaer mendedahkan bahawa pemain tengahnya, Paul Pogba mungkin terpaksa melupakan aksi untuk tempoh tiga bulan selepas berdepan masalah otot ketika menyertai sesi latihan bersama pasukan Perancis sebelum ini.

Menurutnya, pemainnya itu mungkin sempat pulih lebih awal sekitar enam atau lapan ming­gu, namun dalam situasi tertentu ia mungkin terpaksa mengambil masa yang lama.

“Adakalanya ia sempat sembuh untuk tempoh enam atau lapan minggu tetapi untuk kes yang lebih berat, ia boleh mengambil masa sehingga 10, 11 atau 12 minggu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI