fbpx

Ustaz Kazim Elias terkena penyakit ain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Kazim menunjukkan gambar keadaan mukanya yang berudah selepas dipercayai terkena penyakit ain.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim ketika ini berada dalam keadaan kurang sihat dipercayai terkena penyakit ain iaitu pandangan mata yang disertai iri hati atau dengki.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi perkongsian sebuah video ‘live’ di laman Facebook milik beliau baru-baru ini termasuk menunjukkan wajahnya yang kelihatan sedikit berubah dan uzur.

Menerusi paparan itu, beliau yang sering muncul dalam program dan forum agama Islam di kaca televisyen sebelum ini mendedahkan mengalami perubahan fizikal yang ketara pada wajah terutama bahagian mata dan bibir.

“Inilah dia, jadi tuan puan boleh tengok sendiri macam mana. Saya rasa wajah saya mungkin berubah 50 hingga 70 peratus daripada yang asal.

“Nampak lain kan? itulah sahaja yang dapat saya beritahu apabila orang bertanya tentang kesihatan saya, lihat mata dan hujung mata, lihat bibir dan bawah bibir. Habis jadi hitam,” katanya di dalam video tersebut.

Tambahnya lagi, beliau dapat merasakan penderitaan yang dialaminya kini mungkin disebabkan penyakit ‘Ain berkaitan hasad dengki dan iri hati pihak yang tidak menyukainya.

“Saya kini sedang menerima rawatan, jika masih belum sembuh juga, saya perlu mandi di sungai pada waktu Subuh sebagai usaha mendapatkan kesembuhan daripada penyakit ain.

“Ada yang bertanya penyakit ‘ain itu bahayakah? Rasulullah menyebut penyakit ‘ain ialah penyakit yang paling cepat membawa kematian. Ia bukan penyakit biasa,” jelasnya.

Terdahulu Kosmo! pernah melaporkan tentang Ustaz Kazim yang berada dalam keadaan kurang sihat dipercayai terkena buatan orang.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI