fbpx

Proton X70 milik pegawai kastam pernah dilemparkan cat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOONG FONG (kanan) meninjau pemeriksaan dijalankan bomba di lokasi kejadian.

KLANG – Kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 milik seorang pegawai kastam yang musnah terbakar di Taman Pandamaran Permai di sini dipercayai pernah dilemparkan cat oleh individu tidak dikenali beberapa hari lalu di persimpangan lampu isyarat di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, berikutan itu mangsa yang berusia 40-an itu kemudiannya dipercayai datang ke kedai membasuh kenderaan tersebut bagi tujuan pembersihan cat berkenaan.

Katanya, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian kebakaran tersebut kira-kira pukul 11 pagi dengan kenderaan itu musnah hampir keseluruhannya.

“Siasatan awal mendapati Proton X70 milik mangsa dipercayai pernah dilempar cat beberapa hari lalu.

“Berhubung kebakaran ini, siasatan masih dijalankan merangkumi kemungkinan unsur khianat sama ada disebabkan balingan objek tertentu atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelas beliau, kes kini disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

Terdahulu, Hoong Fong meninjau lokasi kebakaran bersama sepasukan bomba yang menjalankan siasatan menyeluruh di kawasan berkenaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI