fbpx

Tak perlu tiru sesiapa untuk bergaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMEJ yang tampak hebat, anggun dan bergaya dalam berpakaian adalah simbol wanita kontemporarasi.

Oleh FAIZAL HAMID

SEMESTINYA setiap masyarakat tidak kira di mana jua berada akan mempunyai kesedaran tentang fesyen dan gaya sama ada sedar atau luar sedar.

Kadangkala fesyen dan gaya adalah sesuatu yang sukar didefinisikan, berkemungkinan kerana ia melibatkan aura penampilan yang bersahaja, tetapi masih cukup memukau.

Untuk memudahkan, anda fikirkan ia begini, gaya di sekeliling kita bukan hanya pakaian yang dipakai, tetapi termasuklah kereta yang dipandu, irama muzik yang didengar, telefon bimbit yang digunakan dan sebagainya.

Lebih mudah jika anda memikirkan gaya sebagai lifestyle (gaya hidup) iaitu bukan hanya cara kita memilih pakaian, tetapi juga bagaimana pendekatan seseorang itu terhadap perkara-perkara lain di persekitaran.

Mengaplikasi falsafah hidup dalam cara berpakaian adalah salah satu cara untuk mengintegrasikan personaliti diri dalam penampilan kita sehari-hari.

Ia memudahkan kita untuk mengadaptasi atau menyesuaikan pakaian yang sedia ada untuk ke pejabat ataupun beriadah di hujung minggu.

Sememangnya gaya adalah ekspresi personaliti diri melalui gaya penampilan yang kita pilih.

1.Gaya bersahaja

Adalah penting untuk berpakaian dengan gaya yang boleh menyampaikan mesej positif dan paling utama penampilan anda juga perlu nampak bersahaja serta natural.

Memakai pakaian yang tidak kena dengan diri kita adalah kesalahan paling besar yang dilakukan dalam terma fesyen.

2.Identiti tersendiri

Imej yang hebat, anggun dan berhemah merupakan simbol wanita kontemporari. Ia cukup signifikan bagi wanita yang mahukan imej penuh keterampilan dengan kredibiliti hebat dan anggun.

Idea dan cita rasa adalah sesuatu yang subjektif. Setiap individu inginkan identiti tersendiri, tidak mahu dikongsi dengan orang lain.

Kini tidak ramai yang mahu meniru dan menjadi klon personaliti atau selebriti terkenal.

Sememangnya kita tidak perlu menjadi orang lain untuk terkenal.

3. Ekspresi gaya individu

Kini, memakai pakaian berjenama dan mengenakan aksesori daripada pereka fesyen atau jenama terkenal dan mahal tidak lagi menjadi tarikan wanita.

Apa lebih penting dan menjadi keutamaan adalah gaya ekspresi tersendiri. Setiap gaya adalah luahan rasa si pemakainya.

KITA tak perlu meniru sesiapa termasuk selebriti bagi dikenali dalam dunia fesyen.

4. Perspektif terhadap fesyen

Kita perlu meluaskan perspektif terhadap fesyen dan menghormati hak orang lain ketika bergaya. Ia adalah fenomena yang mendefinisikan budaya kontemporari.

Apa yang pasti, fesyen juga mempunyai kaitan kuat terhadap masa silam seperti memori, tanda mata, harga diri dan sejarah.

5. Keyakinan, ketrampilan diri

Kesimpulannya, fesyen adalah sesuatu yang ceria dan gaya ekspresi individu yang tersendiri.

Ia dapat mempertingkatkan keyakinan serta keterampilan diri seseorang.

Kita akui, cita rasa manusia adalah sangat subjektif dan bersifat sejagat.

Setiap individu berhak mengenakan fesyen mengikut kemampuan dan cita rasa masing-masing. Namun begitu, ia perlu disesuaikan dengan budaya serta latar belakang masyarakat setempat.
————————————————————————————————————————————-
FAIZAL HAMID ialah Pensyarah Kanan Jabatan Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI