fbpx

Own dilantik CEO baharu Perak FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Yani

IPOH – Perak FC akhirnya menamatkan teka-teki apabila mengumumkan pelantikan Hairul Anwar Mohamed selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab itu sekali gus menghentikan cakap-cakap mengenai pelan penstrukturan yang tular melalui media sosial baru-baru ini.

Ahli Lembaga Pengarah Perak FC, Ahmad Yani Aminuddin ketika mengesahkan pelantikan Hairul Anwar itu berkata, pengumuman hanya boleh dibuat selepas kedudukan pegawai itu selaku exco Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) diselesaikan.

“Hairul Anwar sudah meletakkan jawatan selaku Exco Pafa. Jadi dia kini boleh memegang jawatan CEO Itu,” kata Ahmad Yani.

Sebelum ini timbul pertikaian termasuk daripada Liga Bola Sepak Malaysia ( MFL) mengenai ura-ura pelantikan Hairul yang lebih dikenali sebagai Own ke jawatan itu berikutan statusnya itu.

Beliau yang juga seorang pengamal undang-undang berkata, jawatan CEO Itu kosong selama hampir enam bulan selepas peletakkan jawatan Rizal Ali Naiz Ali pada10 Jun lalu.

Katanya, ketika itu Perak FC memutuskan untuk membiarkan jawatan itu tidak diisi dan kemudian melantik Azman Noh selaku Pengurus Besar (GM).

“Cikgu Man telah memegang jawatan sejak Ogos dan telah berusaha gigih menyelesaikan dan menyelamatkan pasukan.

“Kita hanya ada satu jawatan iaitu CEO atau GM. Kedua-dua jawatan ini perlu didaftar kepada MFL,” katanya.

Sehubungan itu Ahmad Yani berkata, Perak FC mempelawa Cikgu Azman ke jawatan ahli lembaga pengarah semasa keputusan melantik CEO Itu diluluskan.

“Kita sedar potensi besar Cikgu Man dan berharap dia menyertai pasukan ini bagi membela nasib pemain.

“Kita sayangkan bola sepak Perak dan akan bersama-bersama bekerja ke arah mengembalikan kegemilangan dan maruah negeri dalam sukan ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI