fbpx
ADIB RAOF (kanan)

Pemain Perak mula berhijrah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DIPOH – Belum pun habis musim bola sepak 2021, dua pemain Perak sudah dipancing pasukan lain

Kedua-dua pemain muda itu, Azri Ghani dan Adib Raof dikatakan sudah memohon pelepasan dari majikan mereka.

Adib dikatakan menerima tawaran dari sebuah pasukan di utara manakala Azri tidak diketahui ke mana destinasinya.

Pemergian dua pemain itu sedikit sebanyak akan menjejas usaha Perak FC untuk membentuk pasukan bagi menghadapi musim 2022.

Menurut sumber, beberapa pemain lain seperti Azhar Epandi dan Shamim Baharuddin juga dijangka memilih haluan berbeza.

Manakala pemain yang dipinjam, Sergio Aguero akan dikembalikan kepada Pahang.

“Ramai pemain yang akan keluar kerana menerima tawaran pasukan lain,” katanya.

Walaupun tawaran lumayan pasukan lain punca mereka angkat kaki tetapi faktor pembayaran gaji lewat Perak musim ini juga menyebabkan mereka mengambil keputusan memilih pasukan baharu.

Sumber itu bagaimana pun tidak tahu apa yang akan berlaku berikutan penstrukturan semula Perak FC. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI