fbpx

Jeff Bezos dakwa manusia akan lahir di angkasa lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bezos pertama kali bercakap tentang koloni angkasa lepas semasa pembentangan Blu Origin pada 2019. - AFP

WASHINGTON – Bilionair Jeff Bezos mendakwa bahwa manusia boleh menghasilkan zuriat di angkasa lepas pada masa hadapan, sekali gus mewujudkan koloni manusia yang akan menggunakan Bumi sebagai destinasi percutian, lapor akhbar Daily Star kelmarin. 

Bezos  yang merupakan pengasas firma Amazon dan Blue Origin berkata, beberapa kurun dari sekarang, manusia akan tinggal di dalam silinder-silinder gergasi di angkasa lepas, manakala silinder-silinder tersebut akan memiliki alam sekitar seperti di Bumi.

Kediaman angkasa lepas itu katanya, mempunyai sungai, hutan, malah hidupan liar dan boleh menempatkan seramai sejuta orang.

Bezos, 57, membuat ramalan masa depan itu semasa menghadiri Forum Ignatius 2021 di Washington.

“Dalam masa beberapa ratus tahun dari sekarang, ramai manusia akan dilahirkan di angkasa lepas. Angkasa adalah rumah pertama mereka.

“Mereka akan lahir dalam koloni-koloni ini, hidup dalam koloni-koloni ini dan kemudian mereka akan melawat Bumi seperti anda melawat Taman Negara Yellowstone,” katanya.

Menurut Business Insider, Bezos menyifatkan silinder gergasi itu akan mempunyai cuaca cerah sepanjang tahun. 

“Tiada lagi hujan atau gempa bumi,” katanya.

Konsep tersebut dinamakan Koloni Angkasa O’Neill sebagai penghormatan kepada ahli fizik Universiti Princeton, Gerard O’Neill yang mencetuskan idea tersebut dalam tahun 1976.

Teori O’Neill adalah planet lain mungkin tidak dapat menampung kehidupan manusia dan Bezos bersetuju dengan idea tersebut.

“Walaupun anda mahu mengubah Planet Marikh atau melakukan sesuatu yang amat dramatik sepertinya, ia adalah amat, amat sukar. Sekali pun anda berjaya, kapasiti yang ada hanyalah dua kali ganda daripada Bumi.

“Justeru, anda hanya akan menempatkan antara 10 bilion hingga 20 bilion penduduk,” katanya.

Bezos juga mengesahkan bahawa beliau percaya makhluk aasing wujud berikutan terdapat begitu banyak galaksi di alam semesta. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI