fbpx

2 minggu demam, Dini Schatzmann akhirnya masuk wad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DINI SCHATZMANN akhirnya dimasukkan wad akibat jangkitan kuman.

PETALING JAYA – Sehari selepas meraikan kemenangan kekasihnya yang juga pelakon, Janna Nick menggondol Anugerah Bintang Paling Popular ke-34 (ABP34) pada Sabtu lalu, pelakon Dini Schatzmann terpaksa ‘tumbang’ apabila dimasukkan ke wad hospital akibat demam dan jangkitan kuman.

Ujar Dini, dia nekad untuk ke sebuah pusat perubatan di Damansara, Selangor, semalam selepas mengalami demam selama hampir dua minggu.

“Saya sudah demam hampir dua minggu. Saya hanya demam biasa pada mulanya dan akan okay selepas makan Panadol. Keputusan ujian calitan Covid-19 juga telah dibuat sebanyak tiga kali dan keputusannya negatif.

“Tapi saya masih demam dan ketika ke hospital semalam, suhu badan saya naik sehingga 39.7 darjah Celsius. Tekak dan hidung juga berasa tidak selesa. Doktor yang melakukan ujian terhadap darah memaklumkan terdapat jangkitan bakteria di dalamnya (darah),” kata Dini.

Pelakon drama 30 Pesanan Suara itu berkata, dia kemungkinan akan ditahan di wad untuk beberapa hari lagi sebelum dibenarkan keluar untuk pemantauan doktor.

“Saya masih perlu ditahan di wad selama dua atau tiga hari lagi kerana masih dalam pemantauan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dini turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang memberikan kata-kata semangat dan mendoakan kesembuhan dirinya.

“Alhamdulillah, keadaan saya sekarang beransur pulih dan akan kembali bekerja seperti biasa. Doakan saya,” katanya.

Semalam, Janna ada memuat naik foto dalam InstaStory miliknya menunjukkan dia memegang tangan kekasihnya ketika lelaki itu sedang dirawat di hospital.

“Kesian kesayangan saya Dini Schatzmann,” tulisnya.

Sebelum dimasukkan ke hospital, Dini dan Janna sempat menarik perhatian ramai apabila membuat penampilan dengan gaya fesyen unik ketika menghadiri malam ABP34 dengan menggayakan topeng penuh menutupi wajah mereka.

Janna tampil dengan busana sekuin rona perak manakala Dini menggayakan sut rona hitam dengan topeng memaparkan angka enam sehingga mereka dilabel sebagai Kim-K dan Squid Game versi Malaysia.

Rata-rata pengguna media sosial melabelkan pasangan bahagia itu sebagai Kim K dan Squid Game versi Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI