fbpx

Balik kampung bawa ‘buah tangan’ Covid-19 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Nor Azimi

KUANTAN – Kepulangan ahli keluarga ke kampung yang membawa ‘buah tangan’ Covid-19 dikenalpasti menjadi antara punca berlaku sedikit peningkatan penularan kes Covid-19 di negeri ini khususnya di Kuantan dan Pekan.

Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, ini dapat dilihat melalui peningkatan kes di daerah Pekan melibatkan 62 kes daripada 25 keluarga yang dikesan di Felda Chini.

“Berdasarkan siasatan turut mendapati ada perhimpunan keluarga seperti kenduri dan majlis sosial yang lain serta kurangnya pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan mereka.

“Seringkali kita berpesan, bila melakukan rentas negeri atau berpergian ke mana-mana pastikan kita tidak membawa virus Covid-19 bersama kerana kita pun tahu semasa berhimpun keluarga pematuhan SOP hampir tiada, mana ada sesama keluarga pakai pelitup muka,”katanya di sini, hari ini.

Semalam sebanyak 356 kes Covid-19 direkodkan di Pahang dengan kes terbanyak direkodkan di Kuantan dengan 151 kes diikuti Temerloh sebanyak 44 kes dan Maran sebanyak 29 kes.

Sehingga semalam terdapat lima kluster direkodkan di negeri yang melibatkan daerah Rompin, Kuantan, Bera, Maran dan Lipis.

Menurut Nor Azimi, dalam berhadapan dengan pandemik Covid-19 semua pihak perlu tidak alpa dan leka dengan berusaha ke arah hidup dalam norma baharu termasuklah pematuhan SOP.

Beliau berkata, selok-eloknya semua individu perlu melaksanakan ujian saringan kendiri sebelum pulang ke kampung dan selepas pulang dari kawasan percutian bagi mencegah penularan Covid-19.

“Kaedah terbaik dan asas adalah jangan ‘perkenalkan’ virus Covid-19, pastikan kita bebas dulu daripada virus Covid-19 barulah kita boleh berhimpun beramai-ramai, dengan cara ini kluster dalam kalangan keluarga boleh dielakkan.

“Perkataan SOP mungkin sesuatu yang sangat tidak digemari masa kini, namun pematuhan SOP adalah kawalan terbaik buat masa ini selain pengambilan vaksin,”ujarnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI