fbpx
HAQIEM akhirnya mengumumkan tarikh pernikahannya dengan seorang wanita yang masih belum diketahui identitinya pada 19 November ini.

19 November ini saya nikah, doakan – Haqiem Rusli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Penyanyi Haqiem Rusli mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada 19 November ini.

Pendedahan tersebut diumumkan Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 23, selepas memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) sebentar tadi.

“19 November ini saya akan bernikah. Doakan yang baik-baik,” katanya ringkas ketika memberikan ucapan penghargaan kemenangannya.

Terdahulu, tiada angin dan ribut, penyanyi itu mengejutkan peminat apabila mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihannya akhir tahun ini.

Pelantun lagu Lembah Kesepian itu mendedahkan berita gembira tersebut menerusi sesi siaran langsung dalam Instagram miliknya sekitar pukul 2 pagi pada 30 Mei lalu.

Kongsinya, dia juga tidak berniat menyembunyikan perkara baik daripada pengetahuan peminat dan ahli kelab peminatnya, Qiemilio.

Tambah Haqiem, dia akan melancarkan sebuah lagu khas pada majlis pernikahannya kelak. – K! ONLINE

POPULAR