fbpx

MEDAC sedia bantu koperasi sekolah kembali jana pendapatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (empat kiri depan ) pada majlis Program Prestij 2021 peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor

SHAH ALAM – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) bersedia membantu mana-mana koperasi sekolah yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, sebelum pandemik itu terdapat koperasi yang mampu menjana pendapatan tinggi seperti koperasi Kolej Tunku Kursiah sehingga RM1juta.

Katanya, terdapat 2,457 koperasi sekolah di seluruh Malaysia dengan keahlian sebanyak 1.2 juta ahli.

“Pandemik Covid-19 turut memberikan kesan kepada koperasi sekolah susulan penutupan sekolah.

“Jadi, kita sedia bantu mereka yang terjejas ini untuk kembali berdaya saing,” katanya selepas merasmikan Program Prestij 2021 peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor di Hotel Mardhiyyah, di sini, hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI