fbpx

Kompaun tertunggak MBK lebih RM10 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamdan Hussin (dua dari kiri) menerangkan mengenai pelbagai isu dan juga perancangannya dalam memajukan Bandaraya Kuantan pada majlis Makan Malam Bersama Media di sini malam semalam.

KUANTAN – Terdapat kenderaan yang mempunyai sehingga 500 kompaun tertunggak kerana kesalahan tidak mempunyai kupon letak kereta.

Itu antara senario yang menunjukkan kedegilan sesetengah individu dalam isu tempat letak kereta di sekitar Bandaraya Kuantan di sini.

Datuk Bandar Kuantan Datuk Hamdan Hussin berkata, akibat kedegilan sesetengah individu menyebabkan jumlah kutipan tertunggak kompaun bayaran tempat letak kereta yang direkodkan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) sehingga kini mencecah lebih RM10 juta.

“Atas sebab itu kita bertindak menaikkan kompaun (kesalahan gagal membayar kupon letak kereta) iaitu kita kenakan kompaun bermula RM30 dan jika mereka gagal membayar dalam masa 30 hari jumlah kompaun menjadi RM300.

“Dengan langkah ini alhamdulilllah kadar pematuhan menunjukkan trend peningkatan sehingga 85 peratus sekali gus menyaksikan jumlah kutipan bayaran tempat letak kereta mencecah RM1.5 juta sebulan,”katanya ketika ditemui pada majlis Makan Malam Bersama Media di sini malam semalam.

Menurut Hamdan pada masa terdapat lebih 20,000 tempat letak kereta di bawah seliaan Majlis Bandaraya Kuantan yang menggunakan kupon tempat letak kereta.

Beliau memberitahu selain menjadi sebahagian hasil untuk pelbagai usaha keindahan bandaraya kutipan tempat letak kereta juga amat signifikan dalam memastikan penggunaan kawasan tempat letak kereta yang terkawal dan mencukupi.

“Tanpa dikenakan caj letak kereta berkemungkinan ada individu sengaja meletak kereta dalam tempoh yang lama seterusnya menyukarkan individu lain yang mempunyai urusan untuk mendapat tempat letak kereta,” ujarnya.

Sementara itu katanya, meskipun menaikkan jumlah kompaun kepada individu yang gagal menyediakan kupon letak keret5a pihaknya masih terus mengekalkan kadar bayaran letak kereta yang rendah iaitu 65 sen sejam.

“Sebenarnya kadar yang kita kenakan adalah antara terendah kerana saya difahamkan di Kuala Terengganu sebanyak 85 sen sejam dan di Kota Bharu, Kelantan sebanyak RM1 sejam.

“Malah bagi memudahkan orang ramai kupon dijual di merata tempat dan kita juga menyediakan aplikasi dalam talian iaitu PahangGo untuk pembayaran tempat letak kereta,”ujarnya – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI