fbpx

2,712 pesakit long Covid terima rawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sejumlah 2,712 pesakit long Covid dirujuk dalam tempoh empat hingga 12 minggu selepas jangkitan Covid-19 ke Covid-19 Rehabilitation Outpatient Specialized Services (CROSS) Hospital Sungai Buloh, berdasarkan data dari November tahun lalu sehingga September tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 984 (36.3 peratus) kes pulih sepenuhnya daripada gejala-gejala yang dialami dan 1,715 (63.2 peratus) kes masih mengalami gejala berterusan.

“Selain itu, 13 kes (0.05 peratus) berakhir dengan kematian, namun semakan rekod perubatan mendapati terdapat faktor komorbid lain yang menyumbang kepada kes kematian ini iaitu melibatkan penyakit kanser yang telah merebak, kegagalan buah pinggang, serangan jantung, jangkitan kuman dalam darah serta jangkitan paru-paru.

“Dalam masa sama, analisis ke atas pengkalan data yang sama mendapati, terdapat seramai 2,324 pesakit telah menjalani penilaian melepasi 12 minggu selepas jangkitan Covid-19.

“Didapati 97.5 peratus daripada mereka merupakan pesakit yang pernah mengalami jangkitan serius Covid-19 iaitu kategori empat dan lima,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, penilaian selepas 12 minggu ke atas 2,324 kes ini mendapati, sebanyak 914 (39.4 peratus) kes pulih sepenuhnya daripada gejala-gejala yang dialami dan 1,410 (60.6 peratus) kes masih mengalami gejala berterusan iaitu kebanyakan mereka melaporkan lebih dari satu gejala. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI