fbpx

Jangan main banjir, elak risiko lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Hamdan menyampaikan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun kepada pegawai bomba pada Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 JBPM Perlis, hari ini.

KANGAR – Orang ramai diingatkan agar tidak terlalu ghairah bermain air ketika banjir termasuk semasa fenomena air pasang besar kerana aliran air boleh berubah pada bila-bila masa.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, ada penduduk di sesetengah tempat menjadikan kawasan banjir untuk bermain air berbanding mengganggapnya sebagai lokasi bencana.

Katanya, kalangan mangsa banjir juga perlu mengenal pasti tempat berisiko seperti sistem saliran termasuk longkang kecil.

“Jika kita lihat kes anggota bomba, Mohd. Diya Che Jusoh, 46, yang lemas semasa cuba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat di Melaka pada bulan lalu, kawasan tersebut kelihatan tidak berisiko tinggi apabila air surut.

“Namun, ada longkang kecil menjadikan air di situ deras. Jika anggota bomba dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang terlatih dan lengkap dengan Personal Floating Device (PFD) boleh lemas, apa lagi orang awam yang tidak terlatih ketika berdepan arus deras ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 JBPM Perlis di Hotel Seri Malaysia di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI