fbpx

Bekas banduan tak serik, dicekup curi tabung masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ganti (tiga dari kiri) menunjukkan tabung masjid yang dirampas selepas menahan seorang lelaki di Kampung Laklok, Machang dua minggu lalu.

MACHANG – Seorang bekas banduan tidak serik-serik melakukan kesalahan jenayah apabila dia sekali lagi dicekup selepas dipercayai terlibat dalam kes curi wang tabung masjid dan memecah masuk rumah penduduk di Kampung Laklok di sini kira-kira sebulan lalu.

Suspek yang berusia 25 tahun ditahan selepas seorang guru yang merupakan jemaah Masjid Batu 30, Panyit di sini melihat tabung masjid berkenaan berada dalam keadaan berselerak kira-kira pukul 5.50 pagi semasa datang untuk menunaikan solat subuh pada 10 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Suprintendan Ganti Jimmy berkata, melihat keadaan itu, guru terbabit telah melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) masjid sebelum mendapati suspek telah memecah tabung masjid berkenaan.

Menurutnya, polis telah menjalankan siasatan selama dua minggu sebelum berjaya menahan suspek yang juga merupakan seorang penagih dadah di rumah rakannya kira-kira pukul 6.20 pagi pada 25 Oktober lalu.

“Dalam serbuan itu, polis telah merampas pelbagai barangan termasuk sebuah tabung masjid, sebilah pisau, mesin kayu, mesin rumput, sebuah komputer riba yang dianggarkan bernilai RM8,000. Kesemua barangan itu disembunyikan di kawasan semak berhampiran rumah berkenaan.

“Siasatan mendapati, suspek aktif menjalankan kegiatan pecah rumah dan mencuri tabung masjid sejak tiga bulan lalu apabila keluar dari penjara akibat pelbagai kesalahan jenayah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang di sini hari ini.

Menurut Ganti, berdasarkan soal siasat, suspek mengaku terlibat dalam tiga kes mencuri tabung masjid selain empat kes pecah rumah di sekitar Machang dan Kuala Krai. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI