fbpx

Recommend.my sedia perkhidmatan professional selenggara rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kumpulan Recommend menawarkan platftorm lebih mudah kepada isi rumah di negara untuk mencari perkhidmatan profesional seperti penyelenggaraan rumah, pembaikan, perkakas, pembersihan dan lain-lain perkhidmatan.

Menerusi aplikasi yang dibangunkan kumpulan tersebut yang dinamakan Recommend.my, terdapat lebih daripada 200 perkhidmatan yang pasti memudahkan pengguna yang memerlukan perkhidmatan profesional seperti itu.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Recommend, Jes Min Lua berkata, idea penubuhan aplikasi itu tercetus susulan tidak banyak syarikat yang menyediakan kemudahan menerusi platform digital.

Selain memudahkan pelanggan katanya, platform itu juga menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang menawarkan perkhidmatan profesional.

“Terdapat peningkatan yang ketara dalam permintaan untuk perkhidmatan profesional, terutama pada masa pandemik di mana ramai yang ‘terkurung’ di rumah.

“Perkhidmatan profesional yang terdapat di Recommend.my telah dipantau sebelum pengesyoran dibuat kepada pelanggan,”katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Min Lua lagi, platform tersebut turut menawarkan khidmat kontraktor yang telah diluluskan dan ulasan tentang perkhidmatan mereka bagi membantu para pelanggan membuat keputusan yang tepat.

Katanya, pelanggan boleh memilih untuk membuat tempahan perkhidmatan penyelenggaraan rumah atau mendapatkan sebut harga dari perkhidmatan profesional yang sedia ada.

Recommend.my turut menawarkan perkhidmatan profesional untuk isi rumah menerusi aplikasi Superapp seperti Boost e-wallet, jenama pengguna seperti IKEA, dan aplikasi komuniti seperti Mah Sing MConcierge dan JagaApp.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI