KETIKA meninjau ibu pejabat pengendali pakej ibadah haji dan umrah popular negara, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. yang terletak di Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur baru-baru ini, beberapa orang pekerja dilihat begitu sibuk melayani individu-individu yang mengunjungi kaunter di aras bawah bangunan. Hampir 18 bulan tidak beroperasi dek pandemik Covid-19, ruang tersebut mula rancak dikunjungi individu-individu yang teruja untuk mengerjakan ibadah umrah selepas kerajaan Arab Saudi membenarkan rakyat Malaysia kembali menunaikan ibadah itu di negara tersebut bermula pertengahan Oktober……














