fbpx

DUN Sarawak bubar berkuat kuasa 3 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan secara rasmi berkuat kuasa 3 November lalu sekali gus membuka ruang kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat.

Pembubaran DUN Sarawak itu dimaklumkan oleh Ketua Menterinya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebentar tadi.

“Speaker DUN juga akan maklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pembubaran tersebut.

“Kerajaan negeri buat masa ini akan berfungsi sebagai kerajaan sementara sehingga PRN Sarawak diadakan,” katanya.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat bagi Sarawak ditamatkan.

Pemangku Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, berkata ia berikutan permohonan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, untuk menamatkan darurat di negeri itu, pada sesi menghadap Seri Paduka di Istana Negera.

Baginda memberi perkenan itu selepas memperhalusi sembah nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta sembah taklimat Peguam Negara dan pandangan ketua agensi kerajaan berhubung perkara berkenaan. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI