fbpx

Porsche semakin hampir sertai F1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PORCHE tidak menolak kemungkinn untuk bersaig dalam F1 dalam tempoh beberapa tahun akan datang. - AGENSI

PENGELUAR kereta mewah Jerman, Porsche tidak menolak kemungkinan bahawa mereka akan kembali bersaing dalam perlumbaan Formula Satu (F1) dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Pengarah Porsche Motorsport, Thomas Laudenbach mendedahkan impian pihaknya untuk menyertai perlumbaan F1 semakin menjadi kenyataan namun pihaknya tidak boleh menunggu terlalu lama untuk membuat keputusan akhir.

Kumpulan Volkswagen yang memiliki jenama Porsche dan Audi itu telah mengadakan mesyuarat baru-baru ini dengan Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIA) serta pasukan-pasukan F1 berkenaan pihaknya akan menyertai F1 mulai 2026 apabila peraturan enjin baharu dibentangkan.

“Jika anda melihat masa depan dan anda melihat apa yang diumumkan pengeluar kenderaaan diluar sana tertumpu kepada kereta elektrik yang mahu mereka jual pada masa akan datang. Apa yang saya difahamkan, FIA membuat langkah yang cukup besar ke arah itu,” katanya.

Bagaimanapun, perbincangan masih diteruskan untuk memastikan pengeluar baharu iaitu Porsche mampu memberi tentangan hebat ketika pasukan lain mempunyai pengalaman meluas mengenai enjin hybrid turbo F1.

Sebab itu, Porsche masih menanti keputusan F1 sama ada menggunakan unit kuasa yang sama atau beralih sepenuhnya kepada enjin baharu iaitu tenaga elektrik.

Porsche sebelum ini mempunyai komitmen dalam saingan Formula E sebagai pembekal enjin untuk musim 2019/2020. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI