fbpx

Pejalan kaki maut dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Hamidi yang maut dirempuh kereta ketika sedang melintas jalan di Jalan Kuala Berang berhampiran Wakaf Beruas, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki maut selepas dilanggar sebuah kereta jenis Proton Saga ketika melintas jalan di Jalan Kuala Berang berhampiran Wakaf Beruas di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 8.45 malam itu, mangsa, Hamidi Jusoh, 46, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Iswara dipandu pemuda berusia 21 tahun dari arah pusat bandar raya tersebut gagal mengelak mangsa yang sedang melintas jalan menyebabkan kepala mangsa terhantuk ke cermin hadapannya.

Rempuhan itu kemudiannya menyebabkan Hamidi terpelanting sejauh kira-kira 17 meter ke atas jalan.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintendan Ismail Man, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau memberitahu mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1)Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI