fbpx

JPJ sumbangkan RM4.2 billion hasil kepada negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zailani (tiga kiri) bersama Penolong Pengarah Gabenor Bank Negara Malaysia, Abu Hassan Alshari Yahya (dua kanan) menunjukkan duit syiling kenangan ulang tahun ke-75 JPJ di sini, hari ini. - FOTO : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyumbang sebanyak RM4.2 bilion kepada negara melalui kutipan hasil pada tahun lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, sehingga kini, JPJ telah menguruskan sebanyak 33,059,582 buah kenderaan terkumpul, dan seramai 14,319,361 orang pemandu terkumpul di Malaysia.

“Bahkan, JPJ juga telah menyumbang sebanyak RM4.2 Billion kepada negara melalui kutipan hasil, pada tahun 2020,” katanya pada majlis Pelancaran Duit Syiling Kenangan Ulang Tahun ke-75 JPJ Malaysia, hari ini.

Turut hadir Penolong Gabenor, Abu Hassan Alshari Yahaya yang mewakili Gabenor Bank Negara Malaysia.

Menurut Zailani, sejak mula beroperasi pada 1 April 1946 sebagai pendaftar dan pemeriksa kereta motor atau dahulunya dikenali sebagai Registrar Inspection Motor Vehicle (RIMV), JPJ telah menyediakan pelbagai perkhidmatan yang berkualiti.

Menurutnya, ia termasuklah menguruskan pungutan hasil serta menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 secara telus dan berkesan.

Tambahnya lagi, umum mengetahui Malaysia mempunyai lebih daripada 200,000 kilometer jalan raya yang telah dibina dan ini dapat dikaitkan dengan peningkatan pemilikan kenderaan dan pemandu.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI