fbpx

[VIDEO] 6 pelajar cederakan Zulfarhan UPNM dijel 18 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara enam penuntut yang dihukum penjara 18 tahun.

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dipenjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh ke atas Zulfarhan Osman Zulkarnain pada 2017.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Azman Abdullah ke atas Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali selepas mendapati mereka bersalah mencederakan mangsa sehingga menyebabkan kematian.

Mereka berenam didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di blok penginapan asrama Jebat, UPNM pada pukul 4.45 pagi hingga pukul 5.45 pagi, 22 Mei 2017 di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda.

Sementara itu, mahkamah turut menjatuhi hukuman penjara tiga tahun ke atas enam mereka kecuali Mohamad Shobirin selepas didapati bersalah bersama 12 yang lain

Mereka ialah Mohd. Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri.

Turut didapati bersalah ialah Muhammad Sufi Mohd. Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan.

Mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia mencuri komputer riba.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Perbuatan itu dilakukan di dalam sebuah bilik blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi pada pukul 2.30 pagi dan pukul 5.30 pagi, 21 Mei 2017.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI