fbpx

4 keluarga dipindahkan, Kampung Paya Embun banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Angkatan Pertahanan Awam melihat keadaan rumah penduduk yang dinaiki air di Kampung Paya Embun, Pekan Nanas, Pontian, Johor hari ini. - Foto IHSAN APM

PONTIAN – Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya di sini bagi menempatkan 18 mangsa banjir dari empat keluarga, malam ini.

Seketeriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian, Kapten (PA), Mohd. Noorhafidzul Nordin berkata, semua mangsa berasal dari Kampung Paya Embun, Pekan Nanas.

“Pecahan mangsa terdiri daripada tiga orang lelaki dewasa, lapan wanita, lima kanak-kanak perempuan serta masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan warga emas lelaki.

“Hujan lebat yang turun lebih dua jam petang tadi mengakibatkan berapa buah rumah Kampung Paya Embun telah dinaiki air terutama yang berada di tepi sungai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Noorhafidzul, hasil perbincangan dengan beberapa pihak, PPS di SK Melayu Raya telah dibuka pada pukul 9 malam.

“Keadaan cuaca di lokasi banjir ketika ini adalah mendung selain menasihatkan penduduk kampung agar berwaspada dengan keadaan semasa,”ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI