fbpx

Malaysia bersedia jadi hab RDC Asia Pasifik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wee Ka Siong menyempurnakan pelancaran Cainiao Aeropolis eWTP di Sepang hari ini.

SEPANG – Malaysia bersedia untuk menjadi hab pusat pengedaran serantau (RDC) dan e-dagang logistik untuk Asia Pasifik menerusi pengoperasian hab Cainiao Aeropolis eWTP Malaysia yang sudah dimulakan sejak November tahun lalu.

Cainiao Aeropolis eWTP Malaysia yang dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini bakal menjadi pemacu perubahan kepada negara dengan memanfaatkan lokasinya yang strategik di dalam zon kemersial bebas.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB), Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, e-dagang dilihat semakin berkembang terutama sewaktu pandemik Covid-19 dan ia memainkan peranan dalam peningkatan jumlah kargo.

“Justeru dengan adanya hab Cainiao Aeropolis eWTP Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kerajaan bersama Malaysia Airport berjaya meletakkan lapangan terbang ini sebagai RDC e-dagang yang dipelopori oleh kumpulan Alibaba.

“Kami yakin hab eWTP ini akan memenuhi aspirasi Rancangan Malaysia ke-12 sebagai hab yang cekap, manakala penggunaan teknologi digitalnya akan meningkatkan daya saing pengangkutan serta sektor logistik,” katanya pada pelancaran Cainiao Aeropolis eWTP Malaysia di sini hari ini.

Menurut Iskandar Mizal, bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, Malaysia Airports merekodkan kira-kira 726,800 tan metrik bagi jumlah keseluruhan operasi kargo, peningkatan 24 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Bagi bulan September tahun ini, keseluruhan rangkaian Malaysia Airports mencatatkan peningkatan 24 peratus bulan ke bulan dengan jumlah keseluruhan kira-kira 86,200 tan metrik.

“Dalam tempoh dua tahun yang lalu, kami telah menerima kehadiran tiga syarikat penerbangan kargo baharu, manakala 10 pemain sedia ada terus merekodkan peningkatan dari segi kekerapan atau penambahan destinasi,” katanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI