fbpx

Madonna dikecam tiru ‘kematian’ Marilyn Monroe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI Madonna (kiri) yang meniru 'kematian' Marilyn Monroe ketika menjayakan sebuah sesi fotografi baru-baru ini.

BINTANG pop terkenal Madonna dikecam teruk selepas tampil dengan sesi fotografi yang mengambil inspirasi daripada imej kematian pelakon dan penyanyi legenda, Marilyn Monroe.

Berdasarkan sesi fotografi untuk majalah V, Madonna dilihat terbaring ‘mati’ di atas katil dalam keadaan separuh bogel. Di samping penyanyi itu juga kelihatan beberapa botol ubat-ubatan yang digambarkan menjadi punca kematian Monroe.

Konsep tersebut sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai apabila mengutuk idea tersebut yang disifatkan sebagai jijik dan tidak sensitif.

Orang ramai berpendapat bahawa konsep yang ditonjolkan seolah-olah cuba mempromosikan bunuh diri selain meniru semula kejadian malang yang menimpa mendiang Monroe.

Bukan itu sahaja, orang ramai juga mengecam cita rasa individu yang memikirkan konsep sebegitu apabila mempamerkan latar belakang lokasi kematian yang dianggap tidak wajar.

Bagaimanapun, jurugambarnya iaitu Steven Klien menjelaskan konsep tersebut diinspirasikan daripada siri The Last Sitting.

Untuk rekod, Monroe ditemui meninggal dunia di rumahnya di Brentwood, California pada 1962. Monroe dikatakan mengambil dadah berlebihan pada malam sebelum dia ditemui mati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI