fbpx

Ahli gabungan desak Pafa adakan pemilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pafa

Oleh AZIZAN HASHIM

SEBANYAK 12 daripada 18 ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) mendesak supaya persatuan itu mengadakan kongres luar biasa bagi pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden.

Ahli gabungan terbabit adalah Perak Tengah, Tapah, Kampar, Gerik, Lenggong, Hulu Perak, Kampung Gajah, Ipoh, Larut Matang & Selama, Hilir Perak dan Persatuan Bola Sepak Melayu Perak.

Menurut Exco Pafa, Reduan Amir Hamzah, tindakan ahli gabungan itu dilakukan kerana merasakan perjalanan persatuan itu sudah menyimpang dari perlembagaan.

“Mereka mahu letakkan kembali Pafa di atas landasan yang betul. Pafa kini ibarat kapal tanpa nahkoda.Justeru, perlu dilantik penimpin yang betul.

“Tiada dalam perlembagaan istilah Pemangku Presiden selepas Presiden meletakkan jawatan. Naib Presiden hanya mengendalikan mesyuarat tanpa sebarang kuasa termasuk memecat atau melantik seorang ke satu-satu jawatan,” katanya.

Menurut Reduan yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Lenggong, ahli gabungan sudah menghantar surat kepada Pafa dan Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan sedang menunggu maklum balas dari yang terbabit.

Katanya, berdasarkan perlembagaan jika lebih dari separuh ahli gabungan membuat gesaan, Pafa mempunyai 30 hari untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa itu.

Menurut Reduan, seandainya tiga Naib Presiden yang menggepalai Pafa ketika ini gagal mengadakan mesyuarat itu, maka kumpulan yang menuntut mempunyai hak menganjurkannya.

Pafa tidak mempunyai Presiden dan Timbalan Presiden sejak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Datuk Adly Shah Ahmad Tah melepaskan jawatan masing-masing pada November 2010.

Berikutan itu Pafa ketika ini dipimpin oleh Naib Presiden (NP) 1, Datuk Mohamad Yadzan Mohamad serta NP II, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin dan NP III, Datuk G Irudianathan.

Ahli gabungan turut mendakwa perjalanan Perak FC terjejas dan di selubungi pelbagai kontroversi hingga menyebabkan Perak tersingkir ke Liga Perdana tahun hadapan ekoran masalah kepimpinan yang dihadapi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI