fbpx

Sokongan AmBank bantu PKS akan diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – AmBank berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada penyokong berterusan kepada kerajaan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berdepan dengan persekitaran ekonomi masih mencabar dan tidak menentu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AMMB Holdings Berhad., Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, melalui bantuan yang diumumkan dalam Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan Jumaat lalu pastinya ia akan memberi manfaat kepada PKS dan sekali gus menyumbang kepada ekonomi.

“Skim Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) telah membantu beribu-ribu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia.

“AmBank berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada sokongan berterusan kerajaan kepada PKS dan  melalui jaminan tambahan RM10 bilion yang pastinya akan memangkin pertumbuhan domestik,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Sulaiman menerangkan, sebagai sebuah bank yang memfokuskan kepada PKS, pihaknya sedar akan keperluan penting bagi mereka untuk mempercepatkan penggunaan pendigitalan.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI