fbpx

Comelnya tengok baby bump Intan Ladyana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN perut Intan yang semakin membesar membuatkan peminat teruja.

DUA bulan lalu, kecoh juga dalam media sosial apabila ramai yang membuat andaian pelakon Intan Ladyana sudah berbadan dua.

Semuanya gara-gara Intan sering menutup atau menyorokkan bahagian perutnya setiap kali bergambar.

Kini, semua andaian tersebut kian terjawab apabila tular sebuah video dalam TikTok milik seorang jurusolek, @makeupbydekwan. Video tersebut jelas menampakkan perut Intan semakin membesar dan badannya juga sedikit berisi. Sah, isteri Harris Alif hamil!

Walaupun masih tiada pengesahan daripada pasangan suami isteri itu, namun ramai yang sudah teruja dan meneka usia kandungan Intan.

“Comelnya Intan dan baby bump. Semoga ibu dan anak dalam kandungan sihat,” komen seorang netizen.

Agak-agaknya berapa bulan usia kandungan Intan ya? Harap Intan mahupun Harris segeralah menjawab semua persoalan ramai.

DIVA: Rindu dunia pengacaraan suatu ketika dulu dibarisi mereka yang sangat berkelayakan. Zaman sekarang ramai yang jadi pengacara tetapi tiada ilmu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI