fbpx

Ahli KWSP perlu bekerja 4-6 tahun untuk bina semula simpanan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA –  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini fokus dalam membantu ahli membina semula simpanan  demi masa depan persaraan mereka. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kemudahan pengeluaran untuk i Lestari, i-Sinar dan juga i-Citra bersifat luar biasa dan ia diperkenalkan berikutan pandemik yang telah memberikan impak besar terhadap ekonomi negara.

Bagaimanapun, pengeluaran tersebut telah mengakibatkan sejumlah RM101 bilion dan disalurkan kepada lebih 7.4 juta ahli, atau lebih daripada separuh jumlah keseluruhan ahli KWSP. 

“Walaupun pengeluaran tersebut telah memberi sedikit kelegaan kewangan kepada ahli semasa pandemik dan pelbagai peringkat PKP, tetapi  kini jumlah simpanan yang telah dikeluarkan itu  telah menyebabkan seramai 6.1 juta ahli mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP mereka.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 3.6 juta mempunyai kurang daripada RM1,000, seterusnya menjadikan mereka lebih rentan dan tanpa perlindungan persaraan,” katanya.

KWSP menerangkan, kejatuhan dalam jumlah simpanan ini ternyata lebih merisaukan untuk ahli bumiputera,memandangkan seramai 78 peratus  atau lebih tiga perempat telah memohon untuk fasiliti pengeluaran tersebut.

 Akibatnya, seramai 4.4 juta, atau 54 peratus ahli bumiputera kini mempunyai kurang daripada RM10,000 dan dua juta  atau 25 peratus  mempunyai kurang daripada RM1,000.

“Tambahan lagi, pengagihan simpanan telah menjadi semakin tidak saksama yang mana kumpulan  40 peratus terbawah ahli KWSP (lebih kurang lima juta ahli) menyaksikan simpanan mereka jatuh sebanyak 38 peratus kepada hanya RM8 bilion, menjadikan baki simpanan median sebanyak RM1,005. 

“Kumpulan 40 peratus pertengahan juga mengalami kejatuhan sebanyak 18 peratus kepada RM155 bilion atau baki median sebanyak RM24,995. 

“Hanya kumpulan 20 peratus teratas yang berumur di bawah 55 tahun menyaksikan kenaikan dalam simpanan, namun ini mencapai median berjumlah RM152,043 atau bersamaan dengan hanya RM633 sebulan untuk 20 tahun,” jelasnya.

KWSP menganggarkan ahli perlu bekerja antara empat hingga enam  tahun tambahan untuk membina semula simpanan yang telah dikeluarkan semasa pandemik, yang juga telah mengakibatkan kejatuhan yang ketara dalam peratusan ahli yang mencapai simpanan asas (RM240,000 pada 55 tahun) daripada 36 peratus pada tahun 2020 kepada anggaran 27 peratus pada hujung tahun ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN